Monday 13 August 2012

Telur Ayam Ini Lebih Besar Dari Biasa



Seekor ayam di Somerset telah mengeluarkan telur yang lebih besar dari telur biasa..Telur ini lebih besar tiga kali ganda seperti kebiasaannya..





Pasangan Steve dan Annie Egginton yang tinggal di Chew Magna, Somerset terkejut apabila melihat ayam peliharaan mereka yang berusia satu tahun mengeluarkan telur yang lebih besar tiga kali ganda dari telur biasa..

Ayam peliharaan Annie ini telah bertelur pada 31 Julai lalu dengan saiz besar yang memeranjatkan mereka..

Selama 30 tahun saya membela ayam, inilah kali pertama seekor ayam peliharaan saya mengeluarkan telur bersaiz besar..Kami mempunyai tiga ekor ayam dan purata ayam kami mengeluarkan dua biji telur sehari kata kata Anne..

Steve menambah setip hari ayam peliharaannya sentiasa membekalkan telur untuk kegunaan mereka seperti  membuat roti bakar dan telur goreng untuk sarapan pagi mereka sekeluarga..

Walaupun begitu, telur tersebut belum dapat memecahkan rekod telur terbesar Guinness World Record di dunia sebelum ini..Rekod tersebut masih ber tahan lama sehingga kini sejak 2010..



AFP


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...