Tuesday 9 October 2012

Live: Terjunan Dari Angkasa Oleh Felix Baumgartner Red Bull Stratos Sebentar Lagi..!!



Sebentar sahaja lagi, penerjun bebas dari Austria iaitu Felix Baumgartner akan melakukan misi sebagai manusia pertama terjun dari angkasa dengan kelajuan 690 batu sejam..!! Tidak diketahui apa yang bakal berlaku sebentar saja lagi..Terjunan dari belon Red Bull Stratos One ini akan dilakukan oleh Felix Baumgartner pada kelajuan supersonik..Seluruh dunia akan menyaksikan terjunan secara Live ini sebantar lagi..!!










Felix Baumgartner berhasrat untuk melompat dari altitud yang lebih tinggi daripada sesiapa yang pernah melakukannya di dunia ini..Pada ketinggian hampir 120,000 kaki..Dia akan diangkat oleh sebuah belon gergasi setinggi 55 tingkat ke angkasa sebelum dilepaskan untuk terjunan hidup matinya..

Boleh ditonton secara Live di sini: http://www.redbullstratos.com/live/


Source: CNN
            ModernMet



Update: Felix Baumgartner batalkan terjunan dati angkasa..

LOS ANGELES 10 Okt - Cubaan rakyat Austria Felix Baumgartner untuk mencipta rekod terjun dari pinggir angkasa dibatalkan hari ini beberapa detik sebelum pelancaran yang telah dijadualkan ekoran masalah angin.

Beliau sudah bersedia di dalam kapsul bertekanan dan kiraan masa menurun lima minit telah pun bermula, tetapi apabila kiraan menghampiri sifar, keadaan angin kuat semakin ketara.

Belon besar yang sepatutnya membawa beliau naik ke udara kelihatan berolak ditiup angin di tapak pelancarannya di Roswell, New Mexico.


5 comments:

  1. oooooo,,, ade terjunan dari angkasa.. huhu ,, mcm ne dive?..

    ReplyDelete
  2. Apa dah jadi Buatbest sekarang ni.... jangan lupa entri result dia eh

    ReplyDelete
  3. kagum dengan semangatnya...namun berbahaya...

    ReplyDelete
  4. takutnya..tak sanggup aku terjun

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...