Thursday 10 January 2013

Oh Tidak! Makhluk Aneh Ditemui Di Tepi Pantai


Seekor makhluk aneh yang agak pelik ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan sudah mati..Dengan keadaan bangkai makhluk tersebut yang agak pelik dan aneh, ramai yang tertanya-tanya tentang gerangan makhluk tersebut yang tidak pernah dilihat sebelum ini..

Bangkai makhluk tersebut ditemui terdampar di Seal Beach, California pada 25 April 2012 oleh seorang wanita dengan makhluk aneh tersebut dilihat mempunyai taring yang tajam dan sangat kuat menunjukkan tentang ngerinya makhluk tersebut ketika hidup..

Wanita tersebut menghubungi pihak polis untuk mengenalpasti tentang identiti makhluk aneh yang ditemui tersebut..

Bagaimanapun identiti makhluk tersebut dilaporkan tidak dapat dikenalpasti walaupun ada yang menyatakan bahawa ia merupakan sejenis makhluk misteri seperti yang ditemui pada Julai 2008 lalu di Montauk yang kemudiannya digelar sebagai Raksasa Montauk (Montauk Monster)..

Disini diletakkan gambar makhluk aneh yang ditemui tersebut bersama-sama makhluk Montauk Monster yang ditemui suatu ketika lalu..Oh tidak !



 Montauk Monster 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...