Wednesday 16 January 2013

Wanita Curi Keretapi Sebelum Rempuh Rumah


Seorang wanita disyaki telah mencuri keretapi sebelum merempuh sebuah rumah..Wanita yang bekerja sebagai seorang tukang cuci, dikatakan tidak tahu untuk memberhentikan keretapi yang telah dicuri walaupun tahu untuk menggerakkan keretapi tersebut..haha..




Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan telah melarikan sebuah keretapi kosong yang pada masa kejadian tidak membawa penumpang kerana terlalu awal..

Wanita yang hanya dikenali sebagai seorang tukang cuci keretapi untuk sebuah syarikat yang dilantik melalui kontrak dikatakan sudah bekerja selama beberapa bulan sebagai tukang cuci keretapi bagi syarikat tempat dia bekerja itu..

Keretapi yang dipandu oleh wanita tersebut dikatakan gagal diberhentikan oleh wanita tersebut selepas ia menghampiri penghujung landasan sebelum terseret diatas salji beberapa meter dan terus merempuh balkoni dan bilik di tingkat bawah pinggir bandar mewah Saltsjobaden, Stockholm di Sweden..

Dia akhirnya telah dibawa ke hospital akibat kecederaan serius yang dialami..Dikhabarkan, train yang dicurinya itu tidak membawa penumpang lain dan tiada kemalangan jiwa dialami oleh penghuni rumah yang dirempuh oleh keretapi hasil "curi" oleh wanita tersebut..

Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana wanita tersebut boleh mendapatkan kunci untuk menghidupkan  keretapi tersebut lapor media dan tidak diketahui mengapa dia mahu mencuri keretapi tersebut..haha..

p/s: kenapa la dia tak curi gajah, kecik sikit..senang nak sorokkan..hahaha

-Reuters-


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...