Sunday 20 October 2013

Inilah Biola Saksi Kapal Titanic Karam Tenggelam Yang Dilelong


Sebuah biola yang dimainkan pemuzik di dalam kapal persiaran mewah TITANIC untuk menenangkan penumpang ketika kapal itu sedang karam tenggelam dijual dalam satu lelongan menjadikan ia salah satu  barangan memorabilia termahal yang pernah terjual dalam sebuah lelongan..


Biola itu milik kepada Wallace Hartley dilaporkan terjual dengan harga USD 1.4 juta Sabtu (19/10/2013)..Dalam lelongan itu , biola bersejarah tersebut terjual selepas perang tawar menawar selama 10 minit melalui telefon di balai lelong Henry Aldridge and Son di Dwvizes , England..

Ketika ditemui suatu ketika lalu, biola tersebut ditemui terikat pada jasad lelaki yang mati itu bersama lagi tujuh orang pemuzik lain dan kira-kira 1,500 penumpang Titanic yang tenggelam dalam insiden pelayaran pertama Titanic dari England keNew York pada 1912 itu..

Pada biola itu tertulis inkripsi dari tunang Wallace, iaitu Maria Robinson untuk mengenang pertunangan mereka..


Wallace Hartley pemilik biola yang mati dalam insiden Titanic karam

Wallace Hartley dan ahli kumpulannya mendendangkan lagu " Nearer , My God , to Thee " untuk menenangkan penumpang Titanic yang mulai panik ketika kapal mewah itu mulai tenggelam untuk karam secara perlahan-lahan di Lautan Atlantik Utara pada 15 April 1912, setelah melanggar sebuah bongkah ais yang cukup besar..

Hartley dan tujuh rakannya meninggal dunia selepas memilih untuk tetap terus mendendangkan muzik dan tidak masuk ke dalam bot keselamatan..Tunangan Hartley, Maria Robinson tidak berkahwin selepas Hartley meninggal dunia kerana terlalu sedih atas kematiannya..

Setelah Maria meninggal dunia pada 1939, adiknya memberikan biola yang menjadi saksi kepada kapal Titanic yang tenggelam karam itu kepada band Salvation Army, yang kemudian memberikannya kepada seorang guru muzik sebelum guru muzik itu memberikan kepada seorang yang lain hinggalah biola tersebut ditemui semula di loteng sebuah rumah di Lancashire, UK pada 2006 lalu..



Ini pula merupakan surat tulisan tangan yang ditulis oleh Wallace kepada ibu bapanya pada hari Titanic berlayar dari Southampton UK ke New York (telah dilelong suatu ketika dulu)



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...